Silibus Pengajian Islam
Pengenalan Perlu diketahui bahawa ilmu ilmu Islam juga mempunyai silibus silibusnya yang tersendiri seperti silibus di sekolah. Ianya mempunyai sejarah yang panjang dan setiap suatu “subjek” mempunyai sumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Agama ini adalah berlandaskan ilmu dan amal. Baginda nabi dikenali sebagai seorang yang kurang bercakap ataupun jawamiul kalim . Pilihan tutur katanya ringkas akan tetapi padat.Maka penyusunan dan pemilihan ulama dari zaman ke zaman adalah untuk memelihara agama agar dapat difahami dari generasi ke generasi. Ini dinamakan hifzu ad din . Islam Agama Berlandaskan Ilmu Perlu diketahui bahawa antara alat utama untuk membezakan sesuatu perkara itu benar atau salah ialah akal. Tanpanya seseorang itu tidak mungkin akan mencapai hakikat kebenaran. Sebagai contoh, jika ditunjukkan seseorang sekeping emas, bagi mereka yang bukan ahli pasti tidak mampu untuk membezakan ianya tulen atau palsu. Akan tetapi, ianya amat mudah bagi ora...