Silibus Pengajian Islam

 Pengenalan

 

Perlu diketahui bahawa ilmu ilmu Islam juga mempunyai silibus silibusnya yang tersendiri seperti silibus di sekolah. Ianya mempunyai sejarah yang panjang dan setiap suatu “subjek” mempunyai sumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah.


Agama ini adalah berlandaskan ilmu dan amal. Baginda nabi dikenali sebagai seorang yang kurang bercakap ataupun jawamiul kalim. Pilihan tutur katanya ringkas akan tetapi padat.Maka penyusunan dan pemilihan ulama dari zaman ke zaman adalah untuk memelihara agama agar dapat difahami dari generasi ke generasi. Ini dinamakan hifzu ad din.


Islam Agama Berlandaskan Ilmu

 

Perlu diketahui bahawa antara alat utama untuk membezakan sesuatu perkara itu benar atau salah ialah akal. Tanpanya seseorang itu tidak mungkin akan mencapai hakikat kebenaran. Sebagai contoh,  jika ditunjukkan seseorang sekeping emas, bagi mereka yang bukan ahli pasti tidak mampu untuk membezakan ianya tulen atau palsu.

Akan tetapi, ianya amat mudah bagi orang yang pakar tentang emas. Berbekalkan ilmu dan sebahagian alat, dia dapat memberitahu samada ianya tulen atau palsu dengan sekelip mata. Maka inilah yang dinamakan ilmu pengetahuan. Para Ulama mantiq membahagikan ilmu kepada beberapa peringkat :

 

 

1. Jahil (0%) - Akal seseorang kosong daripada pengetahuan tentang sesuatu. Contohnya, orang yang hidup pada seratus tahun yang lalu sekiranya diceritakan kepadanya teknologi zaman moden

2. Syak (25%) - Ini peringkat di mana seseorang masih dalam keadaan ragu ragu akan tentang sesuatu perkara.

3. Waham (50%) - Si empunya ilmu sudah berada satu kaki di atas kerusi tentang kebenaran sesuatu cerita.Akan tetapi, masih ada keraguan di hatinya tentang kebenaran sesuatu.

4. Dzon (75%) - Si empunya ilmu lebih cendrung mengatakan sesuatu benar mengikut pengetahuanya walaupun masih ada ruang untuk perkara sebaliknya berlaku

5. Yaqin (100%) - Tiada ruang untuk mengatakan sebaliknya tentang sesuatu perkara. Ianya benar mengikut alasan alasan tertentu. Ilmu pengetahuan orang Islam seharusnya terletak pada tahap ini.


Tempoh Yang Panjang Diperlukan Bagi Penguasaan Ilmu

 

Perlu diketahui bahawa antara adab yang dianjurkan Islam ialah untuk melakukan sesuatu perkara sehingga ia kekal di dalam diri seseorang. Untuk menjayakan ini, sesuatu tempoh yang sedikit panjang diperlukan. Ini berdasarkan hadith Rasulullah :

 

أحب الأعمل عند الله أدوامها و أن قل

 

 

Terjemahan : Amalan yang disukai oleh Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.

 

Antara sifat yang perlu dicapai oleh seseorang pelajar ilmu ialah pemahaman yang kukuh seperti sifat seorang perawi hadis yang dhobit. Ini kerana ilmu Islam berdiri di atas keyakinan yang penuh atau iilmu yakin. Maka sepertimana seseorang ingin yakin akan sesuatu, proses itu memerlukan sedikit masa dan ianya kukuh melekat di dalam diri seseorang.

Jika diteliti pada zaman moden ini, seseorang mungkin memerlukan antara 10 hingga ke 15 tahun belajar tentang apa sahaja ilmu yang berkaitan Islam sebelum mula mengajarkanya kepada masyarakat.Ini yang kebanyakan yang berlaku kepada para ulama moden.


Kesimpulan

 

Penjagaan agama adalah tanggungjawab semua umat Islam bukan sahaja kepada para ulama. Setiap seseorang perlu menjaga agama dengan kemampuanya. Bagi orang kaya perlulah mereka memperbanyakkan sedekah agar iman orang miskin itu terjaga. Maka bagi pemerintah, perlulah mereka melazimi para ulama agar hukum hakam agama dapat dipraktikan pada skala yang besar.

Para guru dan pelajar agama juga perlu menjaga maruah mereka sebagai barisan hadapan di dalam agama. Perlulah mereka menjauhi pergaulan yang tidak sihat dan memelihara imej mereka sebagai pendakwah. Mereka perlulah pandai memilih antara budaya yang boleh diikuti dan yang perlu dijauhi.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan