Islam Agama Universal

 Pengenalan

 

Kertas ini akan membincangkan tentang keadaan  agama Islam di sekitar kawasan Nusantara.   Tiada kesepakatan di antara para sejarawan tentang tarikh tepatnya kemasukan Islam ke dalam kawasan ini. Walau bagaimanapun, sumber primer yang dijumpai di Terengganu merujuk sekitar tahun 1400 masihi. Daripada situ dapat disimpulkan bahawa kerajaan Islam sudah tertubuh sejak daripada itu.


Ada teori yang mengatakan agama Islam datang daripada benua India atau dari negara Yaman. Akan tetapi pendapat yang lebih ramai mengatakan bahawa ianya datang dari negara Yaman. Ini kerana umat Islam Nusantara bermazhab syafie dan tidak banyak kesan benua India kepada masyarakat di sini. Panggilan seperti syed,syarifah,habib dan lain lain lagi banyak digunakan di negara Yaman.

Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah

 

Perkataan aqidah diambil dari perkataan Arab uqdun yang bermaksud ikatan atau simpulan. Dari sudut istilahnya pula ia bermaksud simpulan kepercayaan seseorang muslim.

Ilmu aqidah tidak membahasakan hukum hakam dan tidak juga tentang akhlak. Ianya terkait dengan sah atau batalnya iman seseorang. Di Nusantara dan majoriti dunia, mereka menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai sifat 20 yang diasaskan oleh Abu Hassan Al-Asyari dan diteruskan oleh ulama yang terkemudian.


Syarat Menjadi Agamawan

 

Setiap perkerjaan perlu kepada ilmu apatah lagi untuk mengajar ilmu kepada orang lain. Yang pertama adalah orang itu sendiri perlu memahami ilmu itu sendiri dengan baik sebelum menyampaikan pada orang lain. Bagi penuntut ilmu agama, perkara pertama yang perlu mereka lakukan adalah untuk memahami bahasa Arab klasik dengan baik. Mereka harus memiliki kemahiran meletakkan baris pada kalimat kalimat Arab dengan baik.

Setelah itu, mereka harus membiasakan diri dengan istilah istilah yang dipakai para ulama yang terdahulu. Ini merupakan tunjang kekuatan keilmuan Islam. Pemahaman ulama yang terdahulu sangat dekat dengan baginda Rasul. Maka kefahaman mereka harus diletakkan lebih tinggi daripada kefahaman mana mana ulama zaman sekarang.


Kesimpulan

 

Bagi memastikan agama ini berjalan lancar, para pendakwah dan juga orang ramai haruslah memiliki ilmu serta hikmah di dalam beramal samada di belakang mahupun hadapan orang ramai. Perkara yang dipegang oleh seseorang di dalam agama terkadang tidak semestinya bagus untuk orang lain.

Orang Islam perlulah melihat kepada keadaan tempatan sebelum menyampaikan ilmu. Ini kerana setiap tempat mempunyai adat yang berlainan. Menegur perlulah dengan hikmah dan larangan tegas hanya pada perkara yang melanggar syariah secara jelas. Jika ini tidak dilakukan, agama akan menjadi sesuatu perkara yang jumud dan hanya boleh dipakai pada golongan tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan