Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan

 Pengenalan

 

 

Perlu diketahui bahawa Islam adalah agama yang membuka seluas luasnya kepada pengikutnya untuk beramal. Ini termasuk di dalam hukum hakam yang digariskan oleh ulama. Hanya terdapat sedikit perkara yang wajib dan begitu juga yang haram. Yang lain semuanya bersifat harus.

Akan tetapi, ramai di antara penganutnya yang tidak faham hukum hakam ini sehingga ada yang mengatakan Islam agama yang jumud. Maka ternyatalah mereka beramal tanpa ilmu pengetahuan sebelum ini. Maka penulis berharap agar tulisan ini sedikit sebanyak dapat mengankat darjat amalan kita.

Maka, penulis mengharap bahawa penulisan ini dapat membantu saudara seagama kita di dalam memahami kemodenan yang dikehendaki oleh agama.



Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan

 

Perlu diketahui bahawa semua usaha kita ke arah kemodenan bukanlah sesuatu yang ditegah agama. Malah hukumnya cuma harus dan bukan makruh atau haram. Akan tetapi, fitrahnya manusia itu apabila dia fokus mengejar sesuatu maka akan tertinggal sesuatu yang lain. Dalam hal ini, maka agamalah yang menjadi korban kepada si pengejar terutama pada zaman ini di mana barat menjadi sumber kemodenan.

Penulis di sini bukanlah berniat untuk menyekat mana mana gerakan atau usaha usaha untuk memodenkan sesebuah negara. Bahkan menyokongnya jika ia selari dengan kehendak agama. Akan tetapi kita dapat lihat hukum jenayah islam, hiburan islami, budaya melayu yang berasaskan Islam dan lain lain kebanyakanya hilang dan digantikan dengan budaya yang kurang sihat. Ini tidak akan sesekali dapat memajukan sesebuah negara kerana itu adalah usaha dan ikhtiar yang salah. Pada hakikatnya, Allah yang akan memberikan sesuatu sekiranya ia dijalankan mengikut jalan yang diredhainya. Al-Quran menyebut :

 

 

ولو أن أهل القرى واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء و الأرض ولكن كذبوا فاخذنا بما كانوا يكسبون  

 

 

Translation : Sekiranya penduduk sesuatu negeri beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan keberkatan daripada langit dan bumi akan tetapi mereka mendustakan (agama) dan kami catat apa yang mereka kerjakan



Kefahaman Agama Didahulukan Sebelum Membuat Sebarang Gerakan

 

Selalu kita lihat pada zaman ini dimana mungkin ramai daripada kalangan orang awam yang ingin mendekatkan diri dengan agama melakukan amalan yang sedikit tersasar daripada kehendak agama. ًWalaupun niat mereka mungkin tulus, akan tetapi cara pelaksanaan mereka adalah sedikit tersalah dikeranakan pemahaman yang salah. Penulis sudah menjelaskan kerap kali berhubung dengan agama dengan ilmu. Malah diantara ayat yang paling awal turun adalah berkenaan ilmu. Al-Quran menyebut :

 

الذي علم بالقلم ََّعلم الأنسان ما لم يعلم

 

Terjemahan : Dia yang mengajarkan manusia dengan pena. Dia mengajarkan mereka apa yang mereka tidak ketahui



Kesimpulan

 

Setiap umat Islam perlu memahami dan beramal dengan falsafah yang dibawa oleh agama. Hanya dengan ini umat Islam baik secara individu mahupun komuniti akan mencapai kejayaan. Ini sebab pentingnya mempelajari dan mengamalkan apa yang dianjurkan oleh agama sebelum membuat apa apa gerakan. Amalan tanpa ilmu tidak membuahkan hasil

Sekali lagi ditekankan bahawa kemodenan adalah sesuatu yang penting di dalam agama. Akan tetapi, tidak sewajarnya bagi orang Islam mengejar kemodenan sehingga mengabaikan nilai nilai yang diajarkan oleh agama.

Maka sekiranya diperhatikan, negara negara Islam sudah lama mengamalkan prinsip sekular di dalam urusan harian sama ada mereka sedar ataupun tidak. Akan tetapi, tidak ada satu pun negara Islam berjaya menyaingi negara barat di dalam urusan urusan pentadbiran.Ini merupakan kejayaan yang dihalang oleh Allah s.w.t


Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat