Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

 Pengenalan

 

 

 

Perlu diketahui bahawa manusia itu terbahagi kepada dua bahagian yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, iaitu akal dan ruh. Maka inilah alat yang sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk menginfakkanya pada jalan agama baik dari segi individu mahupun komuniti.

Seseorang tidak akan mampu memikirkan dan berusaha akan kebaikan bagi orang lain sekiranya dia tidak mengaplikasikan falsfah tersebut dahulu. Ini halnya yang terjadi kepada nabi Muhamad s.a.w di mana beliau dikenali sebagai orang yang baik atau al-amin sebelum diangkat untuk menyebarkan risalah tuhan.

Akan tetapi, ramai diantara kita pada hari ini lebih berusaha untuk cuba memberikan kebaikan kepada orang lain tanpa mempraktikan kebaikan itu kepada dirinya sendiri. Ini adalah salah satu daripada tipu daya nafsu. Al-Quran memperkenalkan konsep tentang kebaikan dan keburukan yang dilakukan itu akan balik kepada diri sendiri. Al-Quran menyebut :

 

 

لا يكلف الله نفسا ألا وسعها لها ما كسبت و عليها ما اكتسبت

 

Terjemahan : Allah tidak akan membebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang dia mampu. Sesungguhnya dia bertanggungjawab di atas apa yang dia kerjakan.




Adakah Pemikiran Barat Bertentangan Dengan Pemikiran Yang Dianjurjurkan Islam?

 

Perlu diketahui bahawa Islam tidak akan menyekat sebarang pemikiran atau sebarang material ynag membawa manfaat kepada agama. Akan tetapi, di dalam kes meniru gaya hidup dan pemikiran barat ke atas politik,ketenteraan,ekonomi dan sebagainya adalah perkara yang merbahaya.

Ini kerana gaya pandangan hidup mereka adalah berebeza. Mereka sendiri orang yang terkeliru dengan pegangan hidup, ketuhanan, hari kebangkitan dan persoalan persoalan asas tentang hidup. Maka cara mereka membina negara,

Walaupun perlu kita akui, tiada kuasa Islam yang besar yang boleh membela negara negara kecil yang lain, kemajuan teknologi berada pada tangan orang bukan Islam. Maka perlu sebahagian umat Islam pergi belajar dan bawa pulan ilmu tersebut. Akan tetapi, kebiasaan yang berlaku pada hari ini mereka mengambil kefahaman mereka tetang perkara perkara lain. Inilah yang menyebabkan mundurnya tamadun Islam di masa kini. Al-Quran mengatakan :

 

 

 

و أن اهل القرى أمنوا و أتقو لفتحنا عليهم بركات من السماوات و الأرض ولكن كذبوا فاخذناهم بما كانوا يكسبون

 

 

Terjemahan : Sekiranya penduduk sesuatu negeri beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan keberkatan kepada mereka daripada pintu langit dan bumi akan tetapi mereka mengingkari dan kami catat apa yang mereka kerjakan.



Al-Quran Dan As-Sunnah Sebagai Sumber Utama Di Dalam Pemikiran Orang Islam

 

Diantara perbezaan nyata diantara pemikiran yang diapakai oleh orang barat ialah mereka tidak melihat dunia ini sebagai suatu tempat persediaan untuk alam yang seterusnya, iaitu hari akhirat.  Maka disebabkan ini, mereka akan berfikir dan beramal dengan apa sahaja cara agar apa yang mereka kehendaki tercapai.

Bagi orang Islam, perkara ini tidak boleh diambil sepenuhnya. Orang Islam perlu memiliki sifat bahawa mereka ingin melakukan sesuatu kerana Allah. Ini adalah motivasi sebenar orang Islam. Tanpa ini, hukum hakam tidak akan tertegak dan seterusnya negara Islam yang makmur tidak akan terbina



Kesimpulan

 

Maka setelah perbincangan yang panjang, dapat kita memahami bahawa orang islam mempunyai sedikit pandangan yang berbeza tentang sesuatu baik dari segi politik,ekonomi,ketenteraan dan lain lain. Ini kerana kita ada ketertanggungjawaban kepada tuhan dan akan dipersoal di akhirat kelak.

Maka hendaklah sebagai Muslim kita mencari apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kita di dunia yang sementara ini. Dunia ini amat singkat kerana Al-Quran menceritakan :

 

 

كأنهم يوم يرونها لم يلبثوا ألا عشيتا أو ضحاها

 

 

Terjemahan : Mereka seperti melihat dunia ini tidak lebih dari sehari atau sepotong hari ketika waktu dhuha

 

Maka sudah tentu bagi mereka yang berakal akan memilih untuk sesuatu yang memberi manfaat pada jangka waktu yang panjang berbanding kesedapan yang sementara.. 

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan