Kemajuan Versi Islam

 Pengenalan


Perlu kita ketahui bahawa agama Islam tidak pernah menyekat apa apa keperluan yang diperlukan bagi umatnya. Malah, sesetengah ilmu yang amat kritikal dikirakan wajib menurut kacamata fiqh. Jika tiada wakil mempelajarinya, keseluruhan komuniti itu akan menanggung dosa. Akan tetapi, sebelum memulakanya, perlulah kita memerlukan sedikit ilmu bagi menentukan ianya baik dari segi agama ataupun tidak.


Walaubagaimanapun, keadaan umat pada hari ini yang dapat kita perhatikan ialah dimana banyak negara Islam sudah meniru model kemajuan barat. Sistem penghakiman,bank, penentuan ketua dan lain lain sudah ditiru seratus peratus tanpa merujuk kepada alim ulama tentang cara pelaksanaanya.


Kemajuan Menurut Islam

 

Bahasa Arab bagi moden ialah taqadum (تقدم) yang juga membawa maksud kehadapan. Umat Islam perlu mengetahui bahawa yang pertama tidak semua jalan perlu dilakukan agar kejayaan itu tercapai. Sepertimana di dalam bidang jualan, ada bahagian atau sektor yang tidak sepatutnya orang Islam masuk campur walaupun ianya mendatangkan keuntungan yang tinggi.

Ianya adalah sebahagian daripada fitrah manusia untuk tidak berada di suatu posisi dan kedudukan tidak terlalu lama jika diambil dari sudut akal. Sebagai contoh, seseorang akan sentiasa bergerak untuk cuba memperbaiki kewanganya, pengaruhnya, ekonominya dan lain lain lagi. Akan tetapi, jika tidak dilakukan dengan cara yang dianjurkan oleh islam, apa yang kita kejarkan mahupun dapat ataupun tidak akan menjadi pengejaran yang sia sia.  Al-Quran menyebut :

 

 

و قدمنا ألى ما عملوا فجعلناه هبا منثورا

 

Terjemahan : Dan kami (Allah) paparkan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan dan kami jadikan amalan amalan mereka seperti debu yang berterbangan.


Undang Undang Yang Dibubuh Mestilah Telus Kerana Kepentingan Orang Ramai

 

Manusia itu memerlukan persedian yang rapuh sebelum boleh memegang apa apa kuasa yang diberikan kepada mereka. Ini adalah sunnah baginda nabi dimana beliau bersabar beramal dan mengajarkan agama di fasa Mekah sebelum diberi kerajaan sendiri di madinah. Akan tetapi, ramai diantara kita sekarang yang terkejar kejar mengejar habuan dunia sehingga mengenepikan nilai nilai yang dianjurkan agama.

Oleh kerana ini, para pemimpin lebih senang duduk bersama orang yang boleh menguntungkan mereka. Walhal, kerja hakiki mereka ialah membantu orang yang sedang kesusahan. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan sehingga falsafah sebegini menjadi asing dan tidak lagi menjadi kegemaran ramai.


Penutup

Kesimpulannya, kemajuan menurut pandangan Islam bukanlah semata mata diukur melalui pembangunan fizikal, kekuatan ekonomi ataupun pengaruh politik. Sebaliknya, kemajuan yang sebenar ialah kemajuan yang berjalan seiring dengan petunjuk wahyu dan nilai nilai akhlak yang diajarkan oleh agama. Segala bentuk usaha untuk membina tamadun dan memperbaiki kehidupan manusia mestilah berpaksikan kepada prinsip halal dan haram serta panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Oleh yang demikian, umat Islam tidak seharusnya menolak kemajuan, tetapi mereka juga tidak boleh menerima sesuatu bentuk kemajuan secara membuta tuli tanpa menilai kesesuaiannya dengan syariat. Kemajuan yang dibina tanpa asas agama mungkin akan memberikan keuntungan sementara, namun akhirnya akan membawa kepada kerosakan yang lebih besar. Sebaliknya, kemajuan yang berlandaskan iman, ilmu dan keadilan akan melahirkan sebuah masyarakat yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Maka menjadi tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk menilai semula arah perjalanan mereka, agar kemajuan yang dicapai bukan sahaja membawa manfaat kepada kehidupan dunia, tetapi juga menjadi bekalan yang bernilai di sisi Allah pada hari akhirat kelak.



Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan