Kebudayaan Melayu Dan Islam

 Pengenalan

 

Perlu difahami bahawa kertas ini tidak bertujuan untuk mengangkat bangsa Melayu akan tetapi lebih kepada mengkaji tentang budaya Islam di dalam masyarakat Melayu. Ini kereana kebudayaan Islam di setiap bangsa adalah berbeza beza baik dari segi mazhab dan lain lain. Allah s.w.t berfirman

 

 

أنا خلقناكم سعوبا و قبائلا لتعارفوا

 

Terjemahan : Sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada pelbagai bangsa dan puak untuk kalian saling mengenal.









 

 

 

Bangsa Melayu Dan Islam

 

Seperti sedia maklum, orang Melayu beragama Buddha sebelum menerima Islam. Tarikh orang Melayu menerima Islam tidak dapat ditentukan secara pasti oleh para sejarawan. Ada yang mengatakan Islam masuk di kerajaan Acheh pada zaman Sahabat, Ada pula yang mengatakan bahawa Islam masuk dari benua India melalui seorang ulama Arab dari benua India dan adapula yang mengatakan kerajaan Kedah antara kerajaan awal yang menerima agama Islam. Tidak banyak sumber premier di dalam menyatakan bukti tarikh kedatangan Islam ke alam Melayu dengan tepat. Yang ada cuma sumber lisan di mana banyak kelemahan seperti kerap berubah,banyak tokok tambah dan tidak dapat dipastikan kebenaranya. Perkara ini mungkin berlaku kerana penjajah yang telah memusnahkan bukti bukti sejarah orang Melayu.

Tujuan penulisan ini dilakukan adalah untuk bangsa melayu mengetahui sejarah mereka sendiri bukan untuk mendabik dada seolah olah bangsa tersebut adalah yang paling berguna. Ini adalah tujuan mengikut Al-Quran di mana ia menyebut :

 

 

أنا جعلناكم شعوبا و قبائلا لتعارفوا

 

Terjemahan : Sesungguhnya kami jadikan kalian berbangsa bangsa dan berpuak puak untuk saling mengenali.



Mazhab Islam Di Nusantara

 

Mazhab bermaksud sesuatu pemikiran yang dibawa oleh tokoh tertentu berkenaan dengan sesuatu. Sebagai contoh, pandangan seseorang tokoh politik tentang sesuatu akan berbeza beza. Maka ini dinamakan mazhab. Begitu juga pada agama.

Di dalam setiap subjek agama, akan ada pandangan yang berbeza beza di dalam sesuatu perkara. Ianya adalah lumrah dan perkara yang biasa selagi ianya menepati syarat yang ditetapkan oleh para ulama.Al -Quran berkata :

 

و أن تنازعتم في شيء فردوه ألى الله و الرسول أن كنتم تؤمنون

 

 

Terjemahan : Sekiranya kalian berselisih di dalam setiap sesuatu perkara, hendaklah kalian mengembalikanya kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kalian benar benar beriman


Penutup

Kesimpulannya, perbincangan mengenai budaya Islam dalam masyarakat Melayu bukanlah bertujuan untuk membangkitkan semangat kebangsaan yang melampau, tetapi untuk menimbulkan kesedaran tentang akar sejarah dan identiti yang terbina melalui cahaya Islam. Bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana agama inilah yang membentuk cara berfikir, sistem nilai, adat, bahkan struktur masyarakatnya.

Perbezaan pandangan dalam mazhab serta kepelbagaian latar sejarah bukanlah alasan untuk berpecah, bahkan ia menjadi tanda keluasan rahmat dan hikmah dalam Islam. Selagimana perselisihan itu dikembalikan kepada Al-Quran dan Sunnah, maka ia berada dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak.

Mengenali sejarah sendiri adalah satu bentuk tanggungjawab intelektual dan amanah ilmu. Ia bukan untuk berbangga diri, tetapi Penutup


Kesimpulannya, perbincangan mengenai budaya Islam dalam masyarakat Melayu bukanlah bertujuan untuk membangkitkan semangat kebangsaan yang melampau, tetapi untuk menimbulkan kesedaran tentang akar sejarah dan identiti yang terbina melalui cahaya Islam. Bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana agama inilah yang membentuk cara berfikir, sistem nilai, adat, bahkan struktur masyarakatnya.


Perbezaan pandangan dalam mazhab serta kepelbagaian latar sejarah bukanlah alasan untuk berpecah, bahkan ia menjadi tanda keluasan rahmat dan hikmah dalam Islam. Selagimana perselisihan itu dikembalikan kepada Al-Quran dan Sunnah, maka ia berada dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak.


Mengenali sejarah sendiri adalah satu bentuk tanggungjawab intelektual dan amanah ilmu. Ia bukan untuk berbangga diri, tetapi supaya kita memahami dari mana kita datang, agar kita tahu ke mana arah yang harus kita tuju. Sebagaimana firman Allah bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa untuk saling mengenali, maka mengenali sejarah dan budaya sendiri adalah langkah pertama untuk memahami peranan kita dalam membina masa depan yang lebih berteraskan nilai Islam.


Semoga penulisan ini menjadi wasilah kepada kefahaman yang lebih mendalam tentang hubungan antara Islam dan bangsa Melayu, serta mendorong pembaca untuk terus mengkaji dengan sikap ilmiah dan hati yang tunduk kepada kebenaran.supaya kita memahami dari mana kita datang, agar kita tahu ke mana arah yang harus kita tuju. Sebagaimana firman Allah bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa untuk saling mengenali, maka mengenali sejarah dan budaya sendiri adalah langkah pertama untuk memahami peranan kita dalam membina masa depan yang lebih berteraskan nilai Islam.

Semoga penulisan ini menjadi wasilah kepada kefahaman yang lebih mendalam tentang hubungan antara Islam dan bangsa Melayu, serta mendorong pembaca untuk terus mengkaji dengan sikap ilmiah dan hati yang tunduk kepada kebenaran.




Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan