Islam Dan Modenisasi

 Pengenalan

 

Umat Islam perlu mengetahui bahawa sesuatu fenomena yang berlaku di kalangan manusia itu terkadang tidak membawa manfaat kepada agama. Seperti contoh, trend hiburan yang melampau sudah tentu tidak mendatangkan faedah yang besar melainkan kepuasan yang sementara. Harta dan masa dihabiskan untuk perkara yang tidak terlalu besar manfaatnya.


Oleh sebab itu, para ulama dari zaman ke zaman akan sentiasa berusaha samada memberi hukum atau nasihat kepada umat Islam.Di antaranya ditubuhkan jabatan mufti di seluruh dunia untuk memberi hukum tentang sesuatu perkara baru.


Maksud Modenisasi

 

Maksud modenisasi menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah perbuatan memodenkan sesuatu.Ini termasuk menggantikan peralatan yang lama kepada yang baru ataupun gaya pandangan yang lama kepada gaya pandangan yang baru.

Akan tetapi, tiada tokoh atau fikiran yang jelas tentang pemahaman ini. Adakah ini bermaksud manusia perlu mengorbankan segala galanya untuk mencapai kefahaman ini? Maka ini adalah suatu fahaman yang salah disisi agama.


Pandangan Islam Terhadap Modenisasi

 

Hukum pembaharuan terhadap sesuatu perkara boleh menjadi samada harus ataupun wajib bergantung pada keadaan. Seperti contoh, sesebuah negara yang mempunyai kemampuan untuk menurunkan kos kos perbelanjaan rakyat maka wajib bagi para pemerintah untuk melakukanya jika berkemampuan. Manakala pembaharuan yang harus ialah apabila sesuatu perkara itu tidak banyak mendatangkan manfaat kepada seseorang seperti pengubahan pengunaan pensil kepada pen.


Kehidupan Akhirat Lebih Berbaloi Untuk Dikejari

 

Perlu ditekankan bahawa tajuk di atas bukanlah sebagai suatu halangan kepada umat Islam untuk memajukan diri mereka dari segi ekonomi,politik ataupun ketenteraan. Akan tetapi, di dalam pencarian tersebut mungkin akan mengadaikan iman kita yang berguna pada hari akhirat. Manakala apa yang kita dambakan di dunia ini tidak berguna sama sekali pada hari tersebut. Bahkan ianya mungkin akan memberi lebih banyak mudharat. Al-Quran menyebut :

 

 

اليوم لا ينفع مال و لا بنون ألا من اتى الله بقلب سليم

 

Terjemahan : Hari di mana harta dan anak pinak tidak mendatangkan manfaat kecuali mereka yang mempunyai hati yang lapang.


Kesimpulan

 

Setelah perbincangan yang panjang dan lebar, dapat kita fahami bahawa terlampau mengejar kemodenan sehingga terabai agama merupakan sifat yang membawa mudharat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Inilah sebab mengapa negara negara Islam masih tidak menjadi negara panutan walaupun sudah cuba berpuluh tahun merdeka. Ini kerana kefahamanya terhadap harta itu sendiri yang salah. Sekiranya orang Islam itu benar benar jujur di dalam pencarian hartanya kerana Allah, maka tangan tangan ghaib atau bantuan tuhan akan sampai. Ini sama seperti halnya keadaan orang Islam pada zaman kegemilanganya.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan