Ilmu Dan Islam

 Pengenalan

 

 

Diantara sebab kekalnya Islam sehingga ke hari ini ialah ianya didirikan berdasarkan ilmu yang bersumberkan wahyu. Sekiranya ia didirikan berdasarkan material, agama ini akan hilang bersama ketika jatuhnya kerajaan Abbasiyah, Umawiyyah,Uthmaniyah dan juga kerajaan Melaka.


Umat Islam juga tidak terlalu mengagungkan tinggalan material Nabi Muhamad yang masih ada sekarang ini. Bahkan Kaabah juga akan dihancurkan pada suatu hari nanti. Ini tercatat di dalam hadis baginda. Maka disebabkan oleh ini, hendaklah umat islam mempelajari agama mereka dengan cara yang betul agar mereka boleh menjaga agama mereka sendiri.


Ilmu Dan Islam

 

 

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Ilmu merupakan suatu fitrah yang terdapat di dalam diri manusia, baik Islam mahupun kafir. Oleh kerana itu, pembuktian agama Islam itu benar adalah merupakan melalui kaedah akal yang kuat. Tidak ada seseorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menolak keberadaan akal.


Masalah Umat Islam Moden

 

Sejak era jajahan, umat Islam sudah mula berhadapan ancaman budaya yang kuat. Para penjajah cuba menerapkan nilai kehidupan mereka ke dalam budaya umat Islam dari segi pendidikan,ekonomi dan politik. Akibatnya,umat Islam sudah mula keliru dengan cara belajar dan beramal dengan agama dengan baik.

Cara pendidikan Barat adalah berebeza dengan keilmuan yang dianjurkan Islam. Islam menghukum sesuatu sebelum sesuatu amal dilakukan manakala Barat sebaliknya. Para pemimpin perlu bergabung dengan ilmuan Islam untuk membincangkan tentang sesuatu ilmu sebelum dipelajari oleh rakyat. Berapa banyak keperluanya dan tempohnya perlu diteliti agar ilmu yang dipelajari tersebut bermanfaat. Jika ini tidak dilakukan, maka fenomena ilmu yang tidak diamalkan akan berlaku dengan skala yang besar seperti sekarang. Sabda Rasulullah s.a.w :

 

 

العالم و العلم في الجنة, اذا لم يعمل العالم بما يعلم كان العلم و العمل في الجنة و العالم في النار

 

Terjemahan : Orang alim dan amal itu berada di dalam syurga, sekiranya seseorang alim itu tidak beramal dengan apa yang diketahui, ilmu dan amalnya berada di dalam syurga dan orang alim itu berada di dalam neraka.


Kesimpulan

 

Sudah dibincangkan di atas bahawa islam agama yang dipindahkan dari orang ke orang, masa ke masa dan tempat ke tempat melalui perantaraan ilmu. Ianya tidak dibina di atas keberadaan dan kekurangan material.

Maka sudah menjadi amanah buat orang islam samada mempelajari atau mengajarkanya mengikut kefahaman dan adab yang telah digariskan. Kecurangan terhadap ilmu mungkin tidak mengakibatkan kesan kepada harta,benda dan nama seseorang akan tetapi akan disoal pada akhirat kelak. Disitulah tempat hidup manusia yang lebih lama.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan