Falsafah Komuniti Islam
Pengenalan
Perlu diketahui bahawa Islam membahagikan hak orang Islam kepada dua, individu dan komuniti. Ada perkara yang dibenarkan secara individu dan ada yang dilarang di dalam menyebarkanya. Jika kita melihat sunnah baginda s.a.w, kita akan mendapati beliau adalah seorang yang berperilaku baik sebelum menerima utusan tuhan. Maka disinilah para sufi mengatakan bahawa seseorang perlu beruzlah dan beribadat dibelakang tadbir sebelum ke khalayak ramai. Ini kerana cabaran iman adalah lebih tinggi ketika seseorang berada di khalayak ramai.
Falsafah Komuniti Islam
Berbuat kebaikan terdiri daripada 2 bahagian. Yang pertama ialah berbuat baik kepada diri sendiri dan yang kedua ialah berbuat baik kepada orang lain.Seseorang harus melazimi berbuat kebaikan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Tanpa ini, mustahil dia boleh berbuat kebaikan kepada orang lain. Ini merupakan sunnah nabi. Baginda dikenali sebagai seorang yang amanah sebelum kerasulan. Beliau kemudian bermunajat kepada tuhan selama beberapa tahun di gua hira. Hanya selepas itu beliau menyebarkan risalah ketuhanan.
Begitu juga dengan ilmu ilmu yang tertentu.Seseorang yang pandai di dalam ilmu agama mungkin boleh beramal dengan ilmunya pada tahap individu. Sebagai contoh,seseorang yang mahir ilmu 4 mazhab boleh beramal dengan mana mana mazhab tanpa terikat. Akan tetapi, dia harus menghormati adat setempat. Sekiranya dia berada dia tempat bermazhab Hanafi, haram baginya menyebarkan mazhab yang lain.Ini berdasarkan kaedah usul fiqh yang berbunyi :
سد الذرائع
Terjemahan : menutup pintu kecelakaan
Adab Di Dalam Komuniti Islam
Diantara perilaku orang yang beradab ialah dia akan cuba menjaga ketenteraman kesemua pihak yang berurusan denganya. Seseorang yang membawa sesuatu pengetahuan yang terlalu jauh daripada fahaman orang awam adalah orang yang tidak beradab.
Tidak sepatutnya seseorang menyebarkan sesuatu berita atau perkhabaran yang tidak jelas dan mengaibkan pihak yang lain terutamanya daripada orang fasik. Al-Quran mengatakan :
يا أيها الذين أمنوا أن جاء كم فاسق بنباء فتبينوا
Terjemahan : Wahai orang orang yang beriman sekiranya datang kepada kalian orang fasik yang menyampaikan sesuatu berita, maka perlulah kalian mencari penjelasan terlebih dahulu
Kesimpulan
Maka sebagai kesimpulan, dapat kita fahami daripada perbincangan kita bahawa agama islam menganjurkan beberapa nilai yang tertentu bagi penganutnya baik secara individu atau bersama komuniti. Sekiranya nilai ini hilang, maka hilanglah identiti Islam ke atas sesebuah negara.
Di antara kekuatan yang dimiliki peradaban Islam pada masa lampau ialah nilai nilai yang dibincangkan di atas. Mereka bukan sahaja berilmu, malah beramal dengan apa yang mereka ketahui dan meninggalkan apa yang mereka tidak ketahui. Inilah ilmu yang dianggap bernilai di sisi agama. Nabi menyebut :
من حسن الأسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Terjemahan : Di antara kesempurnaan agama seseorang ialah apabila dia meninggalkan apa yang tidak membantunya.

Comments
Post a Comment