Pendidikan islam Vs Pendidikan Moden

 Pendidikan Islam

 

 

Perkataan Islam ialah masdar(kata terbitan)  daripada kata asal أسلم  yang berada di wazan tsulatsi mazid. Perlu diketahui bahawa wazan ini mempunyai unsur ta`diyah iaitu mempunyai maf`ul bihnya (objek). Berdasarkan kata ini juga Rasulullah s.a.w telah menghantar surat kepada Raja Herculas,Habsyah,penyair2 dan ketua2 qabilah ketika beliau masih hidup yang berbunyi.

 

اسلم تسلم

“Aslim Taslamu”

 


Terjemahan kepada perkataan di atas membawa maksud menyerahlah dan kau akan sejahtera.Disini dapat disimpulkan bahawa jika seseorang menyerahkan jiwa raganya kepada kehendak Allah dan Rasulnya, maka dia akan berbahagia. Proses penurunan wahyu terjadi secara berkala selama 23 tahun. Selepas itu tiada lagi penurunan wahyu di atas muka bumi ini sehingga hari kiamat seperti mana dikatakan di dalam Al-Quran di dalam surah Maidah ayat ke 3

 

اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت لكم نعمتي و رضيت لكم الأسلام دينا

Terjemahan :

“Hari ini aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian dan aku juga telah memberi nikmat kepada kalian dan ridho Islam sebagai agama kalian.



 Pendidikan Moden

 

Islam tersebar luas selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam tempoh yang sangat singkat jika dibandingkan dengan tamadun Rom yang mengambil masa ribuan tahun. Dakwahnya juga diterima dengan mudah dibeberapa tempat diseluruh dunia termasuk Nusantara. Tiada catatan yang menunjukkan daerah Nusantara berperang dengan mubaligh Islam. Kerajaan Melaka yang kuat pada abad ke 16 sudah memeluk agama Islam dan menerapkan hukum hakam jinayyat. Para Ulama juga telah menulis di dalam buku-buku mereka bahawa ilmu-ilmu yang diperlukan untuk memahami sumber utama agama seperti nahu,sorof,balghah,tafsir dan lain-lain tidak perlu dipelajari oleh orang ramai kerana bukanlah dari kalangan orang yang terlibat di dalam perbicaraan agama.

Selepas pencerahan tentang konsep pendidikan di atas, maka timbul tanda tanya bahawa adakah pendidikan moden yang dipakai sekarang merupakan suatu kesalahan dan adakah ianya berdosa? Jika ianya sesuatu yang haram apakah illahnya? Banyak pihak yang keliru akan perbezaan ilmu yang yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan rasulnya dan juga ilmu yang diperoleh melalui dapatan akal manusia. Ilmu tanzil (wahyu) itu telah selesai diturunkan kepada manusia ketika mana Rasulullah s.a.w wafa.Jika ada sesuatu perkara baru yang timbul dan tiada nas di dalam Al-Quran atau Hadith, maka golongan ilmuan islam akan melalukan proses ijtihad untuk keperluan semasa dan akan datang. Contoh seperti ilmu usul fiqh,tatabahasa arab,sastera arab,mustolah hadith dan lain lain lagi.

Adapun ilmu yang diperoleh melalui dapatan akal manusia ini kerap hanya terpakai pada tempat tempat dan waktu waktu yang tertentu. Contohnya seperti undang-undang negara,ilmu ilmu sains dan teknologi,ilmu pengiraan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu ilmu sebegini tidak perlu diberikan perhatian yang tinggi. Hukumnya juga hanya fardhu kifayah. Jika diperhatikan, ilmu sebegini hanya menyelesaikan tentang keperluan-keperluan harian tidak membentuk peribadi seorang muslim seperti yang diinginkan oleh agama.


Penyelesaian

 

Maka disini penulis tidak hanya ingin mengkritik akan tetapi memberi penyelsaian kepada umat Islam khususnya kepada rakyat Malaysia bahawasanya urusan keilmuan harus dikembalikan kepada ahlinya. Sesuatu keputusan yang dibuat tanpa keilmuan yang kukuh merupakan suatu kerugian lebih lebih lagi pada peringkat atasan. Jutaan atau ribuan manusia akan terkesan disebabkan ketidak tahuan kita. Maka sayugianya untuk pihak kerajaan dan pemimpin duduk berbincang dengan para ilmuan dan ulama agar masalah sebegini dapat diselesaikan. Falsafah barat yang telah diterapkan beberapa dekat semenjak merdeka telah terbukti tidak dapat membina peradaban manusia yang sejahtera aqal,rohani dan materialnya. Bahkan orang barat mengalami krisis akal dan rohani yang teruk dan tiada penyelsaianya. Negara Malaysia tidak mampu mengawal ekonomi sendiri setelah merdeka apatah lagi untuk memperkembangkan pengaruh Islam ke luar.Berbeza dengan keadaan umat Islam pada waktu dahulu yang hanya memerlukan sekitar 200 atau 300 tahun untuk berkembang hampir sepertiga dunia.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan