Nilai Islam Yang Membawa Kemodenan
Pengenalan
Perlu diketahui bahawa Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan. Ini adalah agar umatnya mampu memahami dan mengamalkan sesuatu dengan yakin. Ianya disebut di dalam awal ayat Al-Quran :
ذالك الكتاب لا ريب فيه
Terjemahan : Ini adalah kitab yang tidak mengandungi sebarang keraguan
Maka lawan kepada keraguan adalah keyakinan. Para ulama mantiki telah menyenaraikan bebrapa tahap pengetahuan manusia seperti di bawah :
1. Jahil (جهل) - Ini adalah keadaan di mana seseorang tidak langsung mengetahui akan keadaan sesuatu. Sebagai contoh, jika ditanyakan kepada seseorang yang hidup 200 tahun yang lepas tentang rupa teknologi yang moden, dia tidak boleh menceritakanya.
2. Waham (وهم) - Keadaan ini dimana seseorang hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu. Ini biasanya pengetahuan bagi bukan ahli. Sebagai contoh, seseorang yang bukan mekanik tidak mungkin boleh memiliki ilmu pengetahuan yang sama seperti mekanik. Mereka hanya mempunyai syak tentang sesuatu masalah pada kereta mereka.
3. Syak ه(سك) - Pengetahuan seseorang terhadap sesuatu adalah diantara membenarkan atau menoloknya di atas kadar yang sama iaitu 50%. Antara contoh kepada kejadian ini ialah apabila seseorang mendengar sesuatu bunyi kerap kali di sekitarnya. Akan tetapi beliau masih tidak mengetahui dari mana sumbernya.
4. Dzhon (ظن) - Keyakinan seseorang terhadap sesuatu perkara itu lebih tinggi daripada keraguanya. Sebagai contoh, seseorang yang mendengar bunyi letupan yang sangat kuat berhampiranya. Keyakinanya akan mengatasi keraguanya. Akan tetapi, dia masih tidak tahu tempat,punca dan apakah benda yang meletup itu.
5. Yakin (يقين) - Keadaan ini berlaku dimana tiada lagi keraguan di akal fikiran seseorang. Dia boleh menjawab segala persoalan tentang sesuatu. Sebagai contoh, jika ditanyakan seseorang mengenai namanya,umurnya atau tempat tinggalnya, pasti dia boleh menjawab dengan cemerlang. Ini dinamakan tahap yakin. Maka sebaiknya pengetahuan umat Islam tentang Allah,Rasul, Hari Kimat adalah di tahap ini.
Kemajuan Di Dalam Berakhlak
Penulis tidak menjumpai suatu tokoh,silibus ataupun kelompok yang mempromosikan akhlak yang baik. Jika adapun, kita harus melihat adakah testimoninya berhasil seperti keadaan umat Islam selepas wahyu. Maka cara untuk seseorang menjadi baik hanya melalui perantaraan agama. Apa sahaja dakwaan orang ramai cara untuk menjadi baik adalah sangkaan semata mata.
Perlu diketahui bahawa akhlak merupakan salah satu daripada tiang agama. Tanpanya, sesebuah komuniti Islam tidak akan maju. Ini kerana kita percaya bahawa Allah adalah pihak yang memberi dan menegah sesuatu.Jika kita ingin kemajuan bagi negara kita, perlulah kita memahaminya mengikut neraca Islam.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, agama Islam mempunyai identitinya sendiri di dalam segala sesuatu. Dan ini termasuk di dalam memahami apa yang diperlukan di dalam membangunkan peradaban. Ianya amat penting untuk kita menjaganya agar kemajuan dapat dicapai mengikut neraca agama.
Kesimpulan
Ianya amat penting bagi orang Islam untuk boleh membezakan kemajuan yang bagaimana membawa manfaat dan yang mana akan membawa mudharat kepada agama. Inilah sebab mengapa Rasulullah tidak diberikan kerajaan dahulu oleh Allah walaupun ianya tidak mustahil baginya selama 13 tahun. Beliau hanya menjadi ketua setelah tiba di madinah.
Apa yang lebih menyeramkan ialah seseorang individu mungkin menyangka bahawa penambahan harta dan pengaruh ialah suatu rahmat Allah kepadanya. Walhal, ianya mungkin sebaliknya dan akan menghina tuanya di hari akhirat.
Maka penulisan ini bertujuan untuk umat Islam agar kembali kepada pemahaman yang benar terhadap sesuatu perkara. Tanpanya, kita akan menyangka kita akan berbuat benar akan tetapi sebenarnya salah disisi agama. Ini kerana hukuman dan balasan seseorang itu tidak akan ternampak kecuali di hari akhirat

Comments
Post a Comment