Manusia Perantara Tuhan Dan Syaitan
Pengenalan
Perlu diketahui umat Islam perlu mempunyai pemahaman mereka sendiri ketika di dunia ini. Diantara yang perlu kita perbetulkan ketika berada di dunia ini ialah tentang hukum hakam, akidah dan lain lain perkara. Salah satu diantaranya ialah bagaimana Al-Quran dan As-Sunnah mempunyai tanggapan terhadap manusia.
Perkataan manusia berasal daripada bahasa arab nasiya yang membawa maksud lupa. Jika diteliti, keadaan ini amat benar dengan realitinya. Lawan kepada lupa ialah ingat yang bahasa Arabnya ialah zakara. Allah menyuruh manusia untuk mengingatinya di dalam Al-Quran :
فذكرواني أذكركم وأشكروا لي و لا تكفرون
Terjemahan : Ingatlah aku , aku akan mengingatimu. Bersyukurlah kepadaku dan jangan kalian mengingkariku.
Manusia Pusat Alam Semesta
Orang Islam mempercayai bahawa Tuhan yang satu merupakan tuhan yang tunggal dan wujud sebelum segala sesuatu. Umat Islam juga hanya mampu mengenali tuhan melalui sifatnya, bukan dzatnya. Maka, orang sufi mempunyai pemahaman bahawa manusialah paling hampir kepada tuhan melalui sifatnya. Manusialah yang dipanggil markaz alam.
Penutup
Akhirnya, manusia bukanlah makhluk yang terpaksa tunduk kepada cahaya atau kegelapan tanpa pilihan. Dia dianugerahkan akal untuk menimbang, hati untuk merasa, dan nafsu untuk diuji. Di antara seruan Ilahi dan bisikan syaitan, manusia berdiri sebagai makhluk yang menentukan arah dirinya sendiri.
Kemuliaan tidak terletak pada potensi, tetapi pada keputusan. Kejatuhan bukan kerana kewujudan godaan, tetapi kerana kelemahan dalam memilih. Maka manusia bukan sekadar perantara antara Tuhan dan syaitan, tetapi medan pertemuan antara kebenaran dan kebatilan.
Dan di situlah letaknya nilai sebenar kehidupan — pada pilihan yang diambil ketika tiada siapa melihat, kecuali Tuhan

Comments
Post a Comment