Manusia Menurut Pandangan Islam

 Pengenalan

 

Perlu diketahui bahawa setiap falsafah mempunyai anggapan masing -masing terhadap sesuatu. Contohnya, orang tidak mempercayai akan tuhan dan hari akhirat hanya mengagap manusia sebagai pasangan, rakan kerja dan hanya memenuhi keinginan mereka.



Begitu juga akan hal hal yang lainya. Islam mengangap manusia itu sebagai khalifah tuhan dan harus melaksanakan kerja kerjanya. Oleh dikeranakan sifat manusia yang selalu lupa, rasul rasul diutuskan oleh tuhan dari semasa ke semasa.


 

Menurut Islam, manusia merupakan bayangan ataupun khalifah tuhan dimuka bumi ini. Ini disebutkan di dalam Al-Quran :

 

 

أني جاعل في الأرض خليفة

 

 

Terjemahan : Sesungguhnya aku akan jadikan manusia sebagai penggantiku dimuka bumi.

 

Oleh disebabkan itu,  manusia mempunyai hukum taklifi yang dikenakan ke atas mereka. Orang Islam tidak boleh hidup sewenang wenangnya dibumi tuhan. Mereka tertakluk kepada hukum hakam dan etika yang elok di bumi ini

 

Akal Digunakan Untuk Mengenal Tuhan

 

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila kita tidak mengenal sesuatu yang disembah. Oleh disebabkan itu, para ulama ada yang mengatakan awwaludin marifatullah yang bermaksud awal agama adalah mengenal tuhan.

Maka ilmu mengenal tuhan ada dua iaitu ilmu usuluddin dan juga ilmu tassawuf. Usuluddin membincangkan cara cara untuk membuktikan kewujudan tuhan serta sifat sifatnya melalui jalan akal dan Al-Quran. Para ulama yang menguasai bidang ini dinamakan mutakallimin.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan