Manusia Dan Tingkatan Iman

 Pengenalan

 

Jika diteliti, manusia hanya terbahagi kepada dua kelompok yang bersangkutan dengan iman, iaitu yang mempercayai dan menolok akan kewujudanNya. Yang mempercayai pula terbahagi kepada lagi dua golongan iaitu yang mempercayai tanpa bukti dan yang mempercayai berserta bukti.









Bagi mereka yang percaya tanpa bukti ialah mereka yang tidak berusaha mencari jawapan terhadap agama dan tuha. Mereka ini dipanggil golongan muqaalid atau yang mengikuti. Mereka hanya mengikuti apa sahaja falsafah yang berlegar di sekililing mereka.

Mereka yang percaya berserta bukti ialah mereka yang berusaha untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang terlintas di hati dan akal fikiran mereka. Ia kemudianya diikuti dengan amal yang benar. Maka golongan inilah yang mempunyai tingkatan iman yang tertinggi


Tingkatan Iman

 

Tingkatan yang paling awal dan wajib bagi kesemua umat islam menyelesaikan di dalam hidup ini ialah dengan mempelajari ilmu usuluddin atau tauhid. Ini membolehkan orang Islam untuk menepis segala pemikiran yang boleh mengugat iman. Ini kerana para ulama telah menyusun dengan baik tentang perbahasan dzat dan sifat Allah. Ia kemudianya diikuti dengan perbahasan rasul dan hari kiamat yang menjadi motivasi bagi umat Islam untuk terus melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Pada peringkat seterusnya ialah iman yang terletak pada hati. Ianya adalah tentang sangka baik kepada tuhan di dalam semua kejadian di dalam kehidupan.


Kesimpulan

 

Perbahasan ilmu tassawuf mungkin akan kedengaran pelik di telinga orang yang asing baginya. Ini kerana manusia yang benar benar menujukan keseluruhan jiwa dan raganya kepada tuhan amatlah sedikit. Para sufi menggunakan ayat Al-Quran di bawah sebagai hujah :

 

 

و قليل من عبادي الشكور

 

Terjemahan : Sedikit sekali dari golongan hambaku tergolong dari golongan yang bersyukur.

 

Makna bersyukur bukanlah sentiasa kekal dengan apa yang dia ada. Ianya perlu difahami dengan makna bahawa seseorang sering mengaitkan segala apa yang dia ada kepada Allah. Maka penulis berharap agar tulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang ingin mempelajari ilmu tassawuf.

Comments

Popular posts from this blog

الأشياء نمنع رحمة الله

Pertentangan Di Antara Falsafah Islam Dan Barat

Tanggapan Islam Terhadap Kemodenan